Thursday, 14th Feb 2008

Hari ini hari Khamis saya dan kakak saya ada sukan tahunan sekolah.Saya dan kakak saya memasuki acara perbarisan .Kawan saya Nabihah dan Munirah memasuki acara lompat tinggi , lompat jauh , lumba lari 100 mitir dan 4 X 100. Kita membuat sukanan itu di padang sekolah.

Pada waktu 8:00 pagi cikgu rumah memakaikan barang - barang kemas untuk murid yang menyertai perbarisan. Lepasitu semua murid berkumpul di padang. Pada pukul 8:05 pagi semua ibu bapa hadir ke sukanan itu tetapi ibu dan ayah saya tidak hadir kerana ayah saya sakit dan ibu saya kerja. Pada pukul 8:08 pagi majlis itu dimulakan. Setelah muzik dimainkan semua pasukan menghentakkan kaki dan berjalan macam askar. Selepas habis perbarisan Cikgu Azlan memanggil Ustaz Firdaus untuk membacakan doa. Selepas itu diminta murid yang membacakan IKRAR. Selepas itu pada pukul 8: 10 pagi acara sukaneka untuk pra sekolah , tahun 1 dan tahun 2. Pada pukul 8:30 pagi penyampaian hadiah untuk pra sekolah , tahun satu dan tahun dua.

Pada pukul 9:00 pagi cikgu memanggil murid yang menyertai acara untuk memakaikan nombor . Lepasitu cikgu suruh murid - murid beratur untuk mengambil botol air mineral dan roti. Pada pukul 9:30 pagi semua murid tahap 1 pergi rehat. Lepasitu mak Adreana belanja saya dan Nabihah makan kuih. Selepas habis rehat inilah masanya untuk Nabihah dan Munirah bermain acara mereka. Pada pukul 10:30 pagi tahap 2 pergi rehat. Pada pukul 11:00 pagi pra sekolah balik dan tahap 1 tahap 2main dan makan.

Pada pukul 12:30 pagi penyampaian hadiah untuk tahap 1 hanya untuk tahun tiga dan tahap 2. Penyampaian hadiah untuk orang yang mengambil bahagian sahaja. Selepas itu Cikgu Azlan memberitahu rumah manakah yang menangi perbarisan itu. Kumpulan merah dapat nombor 1, kumpulan hijau dapat nombor 2, kumpulan kuning dapat nombor 3 dan kumpulan biru dapat nombor 4. Selepas itu Cikgu Azlan memberitahu rumah yang mana mendapat markah yang paling tinggi .Rumah kuning nombor 4, rumah merah nombor 3, rumah hijau nombor 2 dan rumah biru nombor 1.

Saya rasa sungguh gembira dan sedih. Yang paling gembiranya saya dapat menyertai acara perbarisan.Yang sedih ialah rumah biru iaitu rumah sukan saya, dapat tempat terakhir dalam acara perbarisan.